Aditya Nuriansyah
10213246
Hak Pekerja
Hak
pekerja adalah kumpulan hak perundangan dan hak asasi manusia
yang didakwa berkenaan hubungan pekerjaan antara pekerja dan majikan. Hak ini
selalunya diperoleh melalui undang-undang pekerjaan dan buruh. Secara umumnya,
wacana mengenai hak pekerja berkait dengan perundingan gaji, manfaat, dan
keadaan bekerja yang selamat. Satu daripada perkara paling utama dalam hak
pekerja adalah hak untuk membentuk persatuan. Persatuan pekerja membolehkan
pekerja berunding secara berkelompok atau kolektif dengan majikan untuk meningkatkan
gaji ahli dan keadaan tempat kerja yang lebih baik. Hak pekerja juga
membolehkan pengawalan dan pengurusan pekerja dan memberikan mereka hak untuk
bersuara dalam penentuan keputusan dan dasar. Pergerakan pekerja pada awalnya
menumpu pada hak untuk berpersatuan dan perhatian telah beralih ke aspek lain
kemudiannya.
Pengkritik
pergerakan hak pekerja mendakwa bahawa peraturan yang diperjuangkan oleh
aktivis hak pekerja boleh membataskan peluang untuk bekerja. Di Amerika
Syarikat, pengkritik membantah kesatuan yang mensyaratkan majikan hanya boleh
mengambil ahli kesatuan untuk bekerja. Akta Taft-Hartley di Amerika Syarikat
mengharamkan syarat seperti ini tetapi membenarkan syarat yang kurang ketat.
Akta Taft-Hartley turut membenarkan negeri untuk meluluskan undang-undang hak
untuk bekerja yang tidak mewajibkan pengambilan pekerja berdasarkan keahlian
seseorang dalam kesatuan kerja. Para pekerja membalas bahawa dasar keterbukaan
ini membawa kepada masalah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar